Telo oh Telo

Sahrin gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya. Suatu hari dia pergi kekebun dan mendapati ayamnya bertelur di bawah pokok limau jirannya, Herman. Dia menjadi sangat marah apabila ternampak Herman sedang mengutip telur ayamnya.

"Hey, jangan ambil, itu telur ayam saya" jerit Sahrin.

"Mana boleh ia bertelur didalam kebun saya, maknanya saya punyalah" balas Herman.

"Saya kata itu telur ayam saya" kata Sahrin. Mereka pun bertengkar.

"Macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan beradu kekuatan. Apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia menang. Mula-mula saya akan sepak perut awak dulu" kata Sahrin.

Herman bersetuju dengan cadangan itu. Sahrin pun balik kebangsalnya dan terus memakai kasut but. Kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu. Setelah bersedia Sahrin menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. Jirannya jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. Herman mengambil masa 30 minit untuk bangun kembali.

"Ha, sekarang giliran awak pula.." kata Herman yang sudah bersedia untuk menyepak Sahrin.

"Nanti dulu, ambillah telur ini," kata Sahrin dan terus pergi meninggalkan Herman.

0 comments:

Funny Stories © 2009-2017