Anak Yang Baik Sesangat

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya.... 

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna" 

Wanita 2: "Apakah dia merokok?" 

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!" 

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?" 

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik" 

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?" 

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga" 

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?" 

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

Bau Guna Sudu

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu 
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu. 

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor 
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari 
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta 
tersebut. 

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya 
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya 
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............ 

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu 
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari 
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas 
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais 
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan 
menu lainnya. 

Amin memberikannya 
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, 
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti 
habis diguna untuk makan ayam 
bakar dengan sayur ulam dan sambal 
belacan." Amin mengiyakan dan si 
lelaki buta memesan makanan tersebut. 

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. 
Dia datang lebih awal ketika belum 
ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang 
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat 
nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan 
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, 
kamu usapkan sudu ini di 
ketiak kamu" 

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham. 

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah 
memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan 
menyerahkan kembali kepada Amin. 

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta 
itupun menghidu sudu itu, dengan 
mengernyitkan keningnya, lelaki buta 
tersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di 
sini....... boleh saya jumpa dia" 

Amin: ????????????????.(bengang) 
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa.....................

Soalan Sejarah

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah 

"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!" 

"Maaf, saya tidak tahu.. encik" 

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?" 

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.." 

"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?" 

"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"

Penjual Roti

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang.. 

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan. 

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya.. 

"Ada apa encik..? Ada apa ?" 

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata, 

"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

Saksi Bunuh

Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi. 
Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?" 
Saksi: "Tidak." 
Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?" 
Saksi: "Tidak." 
Peguam: "Pernafasannya?" 
Saksi: "Tidak." 
Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?" 
Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!"

Lurus Bendul Betul Bedul

Pak Mat seorang duda kematian isteri, ada anak nama Bedol yg lurus
bendul.Tahap maksima kebendulannya. Pak Mat susah hati mengenangkan jika
dia mati esok siapa nak tengok-tengokkan si Bedol ni. Keputusan diambil
untuk mengahwinkan si Bedol ni dengan seorang andalusia bernama Minah.
Pak Mat:’Bedol!bapak nak kawinkan kau dengan Minah! Setuju tak?’
Bedol:’Ikut suka bapak lah!.Saya ngikut saja’,kata Bedol selamba
walaupun dia tak tahu apa itu kawin.
Dipendekkan cerita maka berkahwin lah Bedol dengan Minah.

Pak Mat pening memikirkan macammana nak ajar Bedol apa-apa yg perlu
dibuat bila tidur dengan Minah sebab si Bedol ni lurus bendul.
Pada malam pertama sebelum masuk bilik Pak Mat bisik kat Bedol…
Pak Mat:’Bedol! Sebelum tidur kau bukak baju Minah!.
Bedol:’Baik pak!’
Besok pagi masa bersarapan Pak Mat tengok muka Minah masam je lalu
sambil berbisik dia bertanya Bedol…
Pak Mat:’kau dah buat macammana yg bapak ajar?’
Bedol:’dah pak! Saya bukak baju dia’
Pak Mat:’Lepas tu kau buat apa?’
Bedol:’Saya tidur’
Pak Mat garu kepala…
Pak Mat:’malam ni lepas kau bukak baju Minah,kau selak kain kau ya!’
Bedol:’Baik pak’
Malam berlalu…beso k masa sarapan pak Mat tengok Minah masam mencuka..
Pak Mat:’Kau buat apa yg bapak ajar malam tadi Dol?’
Bedol:’Dah pak’
Pak Mat:’Kau buat macam mana?’
Bedol:’Lepas bukak baju Minah saya selak kain saya!
Pak Mat:’Lepas tu?’
Bedol:’Lepas tu saya tidur’
Pak Mat merungut-rungut krn kebendulan melampau si Bedol…
Pak Mat:’Bedol!Malam ni lepas kau bukak baju Minah dan selak kain
engkau, kau masukkan anu engkau dalam anu Minah tau!!
Bedol:’Baik pak!’
Besok paginya Minah tak keluar sarapan sebagaimana biasa.Pak Mat
tersenyum memikirkan tentang keberkesanan ajarannya kat Bedol.Tiba-tiba
dia nampak Minah dengan wajah yg lagi masam dr semalam.Dahla macam tu
berjalan pun dihentaknya kaki kuat-kuat.
Pak Mat pandang Bedol…
Pak Mat:’kau dah buat macam bapak ajar malam tadi Dol?’
Bedol:’Dah pak!
Pak Mat:’kau buat macam mana?
Bedol:’Saya bukak baju Minah,saya selak kain saya dan masukkan anu saya
ke dalam anu Minah’
Pak Mat:’Bagus! Lepas tu?’
Bedol: ‘Lepas tu saya tidur’
Pak Mat betul-betul bengang dgn si Bedol..Takkan yg tu pun dia nak ajar
jugak…baik dia je yg kawin dgn Minah…seharian dia mundar-mandir
mencari idea…last- last idea pun datang dan dia pun bisikkan kat
Bedol…..
Pak Mat:’Bedol!Bapak nak tolong engkau ni tapi bapak tak buleh le
sebilik dengan engkau,bapak kat luar pintu je.Macam ni.lepas kau bukak
baju Minah,lepas kau selak kain engkau dan lepas kau masukkan anu engkau
dalam anu Minah kau tunggu bapak bunyikan botol,bunyi pertama kau sorong
anu kau dan bunyi kedua kau tarik anu engkau..begitu lah seterusnya,
faham? ‘
Bedol:’faham pak!janji bapak tolong Bedol ye!!’
Malam menjelang, Bedol dah ready menunggu bunyi botol,Pak Mat kat luar
pintu, setelah pasti Bedol dah bersedia dia pun”TOING” ketukan
pertama,Bedol pun sorong,”TOING” ketukan kedua Bedol pun tarik…
begitu la kerja Pak Mat….dia terdengar rengekan dari Bedol dan
Minah.dia berasa seronok kerana berjaya membuatkan Bedol bertindak sbg
seorang suami sejati…Last- last dia terdengar Bedol menjerit…
apa yang dijeritkan tu!!KUENG KUENG KUENG
Bedol:’Bapak! !Boleh lajukan ketuk botol tu tak?Apasal lembab sangat?
Pak Mat: #$%^*&)(*_)+++

Sosej

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej….

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor… menyusahkan plak tu…

3 Lelaki & JIN

ada 3 orang sahabat, mereka pergi berjumpa dengan dewa untuk meminta agar dewa tersebut menunaikan hajat masing2 untuk memuaskan nafsu mereka yang berlainan. setelah berjumpa, JIN telah mengenakan syarat iaitu mereka boleh meminta apa saja asalkan mereka sanggup untuk berada di dalam gua selama 10 tahun. maka mereka pun bersetuju dan mereka pun menjelaskan permintaan mereka kepada JIN tersebut. 

sahabat 1 merupakan kaki botol lalu beliau telah meminta arak yang banyak. sahabat 2 merupakan kaki perempuan maka beliau pun meminta perempuan yang cantik-cantik. sahabat ketiga pula merupakan perokok yang hardcore lalu meminta bekalan rokok yang banyak. selepas itu dewa pun bersetuju untuk menunaikan permintaan mereka.

lalu masuklah ketiga sahabat itu kedalam gua masing2 untuk menikmati permintaan yang telah mereka minta tadi…

setelah 10 tahun berlalu maka tibalah masa mereka bertiga untuk keluar..
sahabat 1 keluar dengan keadaan yang sangat mabuk dan perut boroi giler kerana terlalu banyak minum arak. beliau pun berkata kepada JIN “Terika kasih la JIN!”.

sahabat 2 keluar dengan keadaan lembik dan tidak bermaya kerana hari2 melayan perempuan2 yang cantik2. beliau pun berkata “Terima kasih la JIN”.

sahabat 3 juga keluar tetapi dengan keadaan marah dan berkata 

“cam gampang la ko JIN!!! 

BAGI ROKOK X BAGI LIGHTER!!!

Bil Tepon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!….

Ayang Vs Abang Vs Ayang

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini… kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance…ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,

ayang

………………………………………….. ……………

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja…lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah… tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

Sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer PHSM.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu…pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hospital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa…hahahhahahahahha

Pas Kawin Nye Celita

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama
bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang
sahabatnya, Mohd. Jamil.

“Wah, gila juga! Ternyata memang benar,” ujar Amat. “Kebiasaan yang
sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.”

“Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si Mohd. Jamil ingin
tahu.

“Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan
perempuan?.”

“Ha’ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas
berkahwin?”
“Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam.”

“Ye ke? Apa yang kau dah buat?”

“Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan
hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku.”

“Wah, gila kau??!” Mohd. Jamil terperanjat.

“Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana..” jawab

Amat dengan muka mencuka.

“Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?”

“Itulah masalahnya,” Amat menjawab. “Dalam keadaan separuh sedar dia

menjawab, ‘Terima Kasih Bang, datang lagi ya’…!”

Funny Stories © 2009-2017